Mania! (2012) Shahila_Amzah

Pada Mac 2012, Shila menyertai Mania!, iaitu satu lagi program realiti TV terbitan Astro yang menampilkan seniman-seniman tanah air untuk digilap bakat menjadi Superstar dibawah bimbingan komposer dan penerbit muzik terkenal seperti Dato' M. Nasir, Aubrey Suwito dan penerbit muzik daripada Indonesia, Ahmad Dhani. Beliau terpilih melalui Empayar Biru iaitu dibawah bimbingan Aubrey Suwito. Namun perjuangan Shila hanya sampai ke konsert separuh akhir apabila beliau tersingkir bersama dengan Ebi AF5 dan Adira AF8. Sepanjang konsert tersebut beliau telah menyanyikan :

KonsertLaguPenyanyi asal
Konsert 3"Set Fire to The Rain"Adele
Konsert 4"Hatimu Milikku"Nera AF9
Konsert 5"Kau atau Aku"Elyana
Konsert 6"Merisik Khabar"Dato' Sudirman
Konsert 7"Hati Kama"

(duet Noraniza Idris)

Dato' Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Konsert 8 (Suku Akhir)"Anggapanmu" / "I'm Alive" (medley)Ziana Zain / Celine Dion
Konsert 9 (Separuh Akhir)"My Life Would Suck Without You"Kelly Clarkson
"Maha Karya Cinta"Faizal Tahir